Followers

Kamis, 15 April 2010

DAJJAL- Rahsia Segitiga Bermudaa

Segitiga Bermuda adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian orang seluruh dunia kerana terdapat berbagai kejadian aneh telah berlaku disitu. Sehingga ke saat ini mister! Segitiga Bermuda itu dianggap sebagai satu kawasan pusat ajaib di muka bumi ini.
Kerana terialu banyak kisah-kisah pelik dan ajaib berlaku disilu, maka orang ramai tertanya-tanya, kuasa pakah.yang terdapat disitu? Ada satu teori mengatakan di Bermuda itu terdapat satu pusat bekas Kerajaan Atlantis. Ada sesetengah teori pula mengatakan disitu terdapat Pusat Kerajaan Orang Halus dan Jin dan Para Siluman……
Segitiga Bermuda mencakupi kawasan seluas 770,000 kilometer persegi. Kawasannya merupakan gugusan pulau-pulau yang berjumlah sebanyak 359 pulau. Pulau-pulau ini tersusun antara satu sama lain seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil terdapat dihujung pulau-pulau itu. Kesemua pulau-pulau ini terletak di Lautan Atlantik. Jauh pulau-pulau ini dari Daratan Amerika kira-kira 930 kilometer. Pada tahun 1684 Kepulauan ini telah dijajah oleh Kerajaan British. Sehingga ketahun 1968 barulah Bermuda mendapat pemerintahan sendiri. Sungguhpun kesuluruhan pulaunya sebanyak 359 tetapi hanya 60 buah pulau sahaja yang didiami manusia, selainnya tidak dihuni. Orang yang pertama sekali mengenal pasti tentang Misteri Segitiga Bermuda ini ialah Vincent Cadys, dialah juga yang telah menamakan SEGITIGA BERMUDA. Beliau seorang pakar dalam kes-kes misteri di lautan.

Spoiler for segitiga bermuda:



Dalam tahun 1949 sebuah kapal layar Belanda bernama HERMINEA juga telah dijumpai dalam keadaan dilanda oleh ombak besar kerana layarnya sudah tiada, apabila diperiksa oleh pengawal pantai, didapati tidak ada seorang pun di dalam kapal tersebut. Seolah-olah semua penumpang telah meninggalkan kapal tersebut. Bertambah pelik lagi, kapal tersebut mempunyai pelampung dalam sebuah peti dan juga barang-barang lain yang tersimpan dengan rapi.
Dalam tahun 1921 dalam bulan Januari sebuah kapal bernama Carol Darling yang mendekati pantai Caroline Utara, didapati tidak ada seorang pun di dalamnya, kecuali dua ekor kucing. Sementara 12 orang anak kapalnya hilang lenyap tanpa dapat dijejaki. Tetapi pelampung keselamatannya telah tiada. Seolah-olah menunjukkan anak-anak kapal itu telah meninggalkan kapal itu begitu saja. Seluruh enjin dan mesin kapal itu masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Yang sangat menarik dalam peristiwa ini ialah di kapal itu terdapat meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum diangkat. Nampak seperti sesuatu telah terjadi dengan tiba-tiba ketika mereka sedang makan. Dalam tahun 1972, seorang nelayan bernama Hary Selatzeky telah hilang di kawasan ini.
PERTEMUAN DENGAN JIN MUSLIM

Dalam satu pertemuan dengan Jin Muslim dikatakan Singgsahsana Kerajaan Iblis terbesar terletak di kawasan Segitiga Bermuda itu. Lautan merupakan kawasan yang banyak makhluk-makhluk halus. Kalau begitu, untuk apa iblis berserta anak buahnya dari golongan jin tersebut menangkap anak-anak kapal tersebut?

Mengikut kata Jin Muslim, mereka dijadikan korban untuk Iblis atau dijadikan budak-budak iblis. Mungkin penangkapan itu dilakukan kerana iblis menganggap siapa saja yang memasuki kawasan itu bererti telah mengganggu kekuasaannya. Kecuali jika Iblis merestui dan restu Iblis ini boleh diberikan jika mereka yang ingin melalui kawasan tersebut memohon dengan menyembahnya atau mengadakan sejenis upacara sebagai tanda perjanjian.

Mengapa pula kapal terbang dan kapal juga dirampasnya? Orang-orang yang hilang ghaib di kawasan itu telah digunakan oleh Jin Syaitan sebagai hamba mereka.. Memang sudah menjadi perangai syaitan dan iblis, suka membuat manusia susah dan keliru. Dikatakan kapal terbang dan kapal yang lenyap itu telah disimpan oleh para iblis di satu tempat yang tertentu di dasar lautan yang tidak pernah disentuh oleh manusia. Kapal-kapal itu ditutup dengan sinar ghaib tertentu atau dikelilingi oleh ribuan syaitan sehingga tidak dapat dilihatoleh mata kasar manusia. Sememangnya iblis mampu mengaburkan mata manusia. Kemampuan jin iblis dan syaitan ini memang bermacam-macam. Kita pernah dengar seseorang yang masuk hutan, kemudian tersesat kerana terjumpa satu kawasan yang cantik dan indah seperti istana ketika di dalam hutan, padahal dia berpusing-pusing berjalan di tempat yang sama saja. Itu juga sebahagian dari kerja Syaitan.

Iblis berserta kumpulan sejenisnya seperti Jin, Syaitan dan hantu juga mampu menggerak dan memindahkan benda-benda dan manusia. Misalnya rumah berhantu yang dilihat kerusi dan mejanya bergerak-gerak ke sana kemari. Satu peristiwa di zaman Nabi Sulaiman, di mana Nabi Sulaiman meminta pembanlunya memindahkan kursi singgahsana Ratu Bilqis, ketika itu Jin Afrit mengatakan dia sanggup memindahkannya dengan cepat sebelum sempat Nabi Sulaiman berdiri dari duduknya. Makhluk halus ini juga sanggup mengawal dan mengacau fikiran manusia, mereka sanggup membuat orang jadi gila.
DAJJAL
Dajjal adalah keturunan orang Yaman, dia hidup di negeri Yaman dan mendapat pendidikan dan bimbingan dari berbagai ulamanya. Ada pula
kenyataan menyatakan dia keturunan Samirah. Bagaimana pun Yaman dan Samirah berada di Syam (Syria). Dalam riwayat Shahih Muslim, Tamim ad Dari pernah melihat Dajjal. Dia sendiri melihat tubuh badan Dajjal yang utuh, ia dalam keadaan yang disertai oleh syaitan atau tidak disertai oleh syaitan.
Imam ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Dajjal bukanlah manusia, melainkan syaitan yang diikat dengan tujuh puluh ikatan berupa lingkaran yang ada dan hidup disebahagian jazirah Yaman. Dalam riwayat Imam Abu Dawud, bahawa Dajjal ini pula dikehali pada zaman Nabi Muhammad dengan nama Ibn Shayyad. Tetapi setelah diteliti segala maklumat dengan cara terperinci didapati bahawa Dajjal yang terdapat dalam keterangan riwayat Tamim ad Dari adalah Dajjal yang sebenarnya, di mana dia terikat dan cacat mata sebelah kanannya , sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim. Sementara Ibn Shayyad itu adalah syaitan yang menampakkan diri sebagai Dajjal pada masa itu sesuai dengan takdir Allah.

Ajal Dajjal yang dilaknat Allah itu telah dltangguhkan sampai satu masa yang ditentukan Allah dan tidak diingkari oleh Nya. Imam atTurmudzi menyebut dalam sebuah riwayat dari Nabi Muhammad mengenai munculnya Dajjal ke dunia,”dia akan diikuti oleh beberapa kaum berwajah seolah-olah mereka tak tahu malu dan seperti habisdipukuli.”
Dengan memerhati dan merenungkan amanat paling besar yang diberikan kepada jin dan manusia, yakni Al Quran, dapatlah disimpulkan bahawa Dajjal itu betul— betul ada. Dan Dajjal disebutkan secara tenstual di dalam Al Quran.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Terima Kasih atas Kunjungan nya !

Jangan Lupa di Komentar ya !

-SatSutPut-

Share My Blog

Facebook Twitter Google Buzz Delicious Digg Stumbleupon
Linkedin Yahoo! Bookmarks Google Bookmarks Reddit Mixx Technorati

Recent Comments